oh ! Ibu :(

"Ina tak kira ! Ina mahu juga beli telefon bimbit !" Masih terngiang - ngiang di lubuk fikirannya. kata kata anak tunggalnya, Ina yang mahukan sebuah telefon bimbit. Si Ibu menjadi rungsing. Dimana dia hendak mencari wang.. Walaupun dia harus bekerja keras, namun dia tetap redha. Demi kepentingan anak tunggal kesayangannya itu.

Pagi pagi lagi Si Ibu telah keluar mencari tin tin kosong & botol botol minuman di tepi jalan untuk di jual di kedai besi buruk. Si Ibu melakukan rutin yang sama setiap hari.
Satu hari di beranda rumah, Ina meluahkan segala yang dipendamnya sekian lama kepada Si Ibu. "Ibu ini mampu tidak mahu belikan Ina telefon bimbit?! Ibu, Ina malu dengan kawan kawan! Semua ada telefon bimbit. Ina saja yang tiada! Ibu tak sayang Ina ke? Sanggup lihat Ina malu? "Kata Ina sambil menangis teresak esak. "Ibu sedang usahakan Ina.. Tunggu sahaja lah.."
Si Ibu membalas ringkas lalu meninggalkan Ina yang masih teresak esak di beranda rumah.
"Ibu tak sayang Ina ! Ina benci kan Ibu !" Teriak Ina.

Dua bulan kemudian, Si Ibu telah berjaya mengumpul sebanyak RM200. Hasratnya ingin membelikan Ina sebuah telefon bimbit. Kebetulan, hari jadi Ina semakin hampir. Jadi, Si Ibu bercadang untuk menghadiahkan Ina sebuah telefon bimbit. Si Ibu dengan hati yang berbunga bunga keluar ke kota untuk membeli telefon bimbit dan telah singgah di sebuah kedai cina.
"Wah, Ah Cong tak ada ke telefon bimbit yang murah murah sikit?" "Ada ada, ini brand punya."
"Oh, RM120 sahaja? Boleh lah Ah Cong." Si Ibu telah memilih sebuah telefon bimbit berwarna biru yang mana paparan skrinnya hanya bewarna hitam putih.

Tiba sudah hari yang dinantikan, hari jadi Ina. Si Ibu menunggu kepulangan Ina dari sekolah di ruang tamu rumahnya. Beberapa minit kemudian, dilihatnya Ina memasuki rumah dengan muka yang ceria & berseri seri dan terus meluru menuju ke biliknya. Di tangannya terdapat sebuah bungkusan. Mungkin hadiah hari jadi nya. Si Ibu menjadi pelik. Dia melangkah perlahan menuju ke kamar Ina. Disebalik daun pintu yang tidak ditutup rapat, Si Ibu dapat melihat wajah Ina yang ceria membelek belek sebuah telefon bimbit canggih berwarna merah. Tanpa disedari, air mata Si Ibu mulai mengalir di pipinya.. Kekecewaan mulai menyelebungi hati Si Ibu..

Tiba tiba Si Ibu menjadi rebah dan terbaring lemah di hadapan pintu bilik Ina. Ina yang terkejut terus memalingkan muka ke arah pintu biliknya. "Ibu!!!!!!" Ina terus mendapatkan Si Ibu.
Diperiksanya degupan jantung Si Ibu, namun tidak dapat dikesan.. Dia berlari keluar mendapatkan bantuan orang kampung. Si Ibu telah dibawa ke hospital berdekatan. Ina masih di rumah, sedang dia mundar mandir di ruang tamu dia telah tersepak sebuah bungkusan. "Apa ini?" Disebalik bungkusan itu terselit sepucuk surat..

Buat Ina tersayang,

Ina, ibu dah tunaikan apa yang Ina mahu.. Ina mahu telefon bimbit bukan? Ini ibu hadiahkan sebuah telefon bimbit khas untuk Ina. Ibu tak mahu Ina malu dengan kawan kawan Ina. Ibu minta maaf kalau telefon bimbit ini tidak seberapa canggih.. Tapi ini ikhlas daripada ibu.. Gunakan dengan sebaik baiknya ya sayang.. Kalau ibu dah tak ada nanti, Ina jaga rumah elok elok ya.. Ibu sayang Ina sangat sangat..

Daripada Ibumu.


"Ibu jangan tinggal kan Ina!" Ina berlari keluar daripada rumah menuju ke hospital. Dia menangis nangis teringatkan Si Ibu. "Ibu jangan tinggalkan Ina.. Ina sayang Ibu.. Ina nak minta ampun dengan Ibu.. Ina nak sujud di kaki Ibu, Ina banyak buat salah dengan Ibu.. Ina sayang Ibu..!" Kata Ina sambil menangis teresak esak berlari menuju ke hospital.

Setibanya dia di hospital yang tidak berapa jauh jaraknya, dia terus mendapatkan Si Ibu.. Malang tidak berbaur, Si Ibu sudah tiada.. Si Ibu menghidapi penyakit kanser otak.. Ina tidak tahu menahu langsung tentang penyakit yang dihidapi Si Ibu. Ina terduduk di lantai wad tempat Si Ibu diperiksa.

'Ibu kejam... Ibu tinggalkan Ina.. Ina nak Ibu...........' 

Badan Si Ibu yang kaku dipeluk Ina. Air mata yang terus terusan mengalir daripada kelopak mata Ina tiada siapa yang ingin kesatkan.. Si Ibu telah pergi.. dan dia tidak akan kembali.. sama sekali tidak akan kembali ! Dia telah pergi buat selama lamanya..

Sesungguhnya jasa & pengorbanan Ibu sangat bermakna
Ku titipkan sebuah lagu untuk tontonan semua :)

No comments:

Post a Comment